Aturcara Umrah

Contoh Aturcara Umrah

 

Umrah Biasa/ Ekonomi


Hari / Tempat         
Aturcara
1 (KUL - Jeddah - Madinah)
Berkumpul di KLIA 3jam sebelum berlepas. Tiba di Airport Jeddah, jemaah akan di bawa ke madinah dengan bas berhawa dingin. Check-in hotel.
2-3 (Madinah)
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa menziarahi tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Tujuh dan akhir sekali ke pasar kurma. Acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakan ibadah umrah atau urusan peribadi.
4 (Madinah - Makkah)
Jemaah dinasihati supaya mengerjakan ziarah wida' sebelum bertolak ke Makkah. tiba di makkah, disambut oleh wakil untuk dibawa ke tempat penginapan dan jemaah terus dipimpin untuk mengerjakan umrah kali pertama dan qudum oleh Mutawwif.
5-13 (Makkah)
Jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mina, Mudzalifah dan Ja'ranah. Di Ja'ranah, jemaah akan bermiqat umrah dan seterusnya kembali ke Makkah untuk meneruskan ibadah umrah. Masa seterusnya acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah atau urusan peribadi.
14 (Makkah - Jeddah - KUL)
Sebelum meninggalkan Makkah, para jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan tawaf wida' sebelum berangkat ke Jeddah. Di Jeddah, jemaah akan dibawa melawat Laut Merah dan Masjid Terapung sebelum ke Airport untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Umrah Ziarah / Istanbul Turkey


Hari / Tempat 
Aturcara
1 (KUL – Istanbul)
Berkumpul di KLIA 3jam sebelum berlepas. Tiba di Airport Istanbul jemaah akan di bawa melihat kota Istanbul sepintas lalu dengan bas dan ke hotel untuk berehat.
2 - 4 (Istanbul)
Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa melawat:
·         Masjid Ayyub Al -Ansari (seorang sahabat besar SAW)
·         Hippodrome
·         St. Sophia
·         Muzium Kesenian Islam
·         Istana Topkapi
·         Section of Holy Relics of Prophet Muhammad
·         Grand Bazaar (bazaar terbesar dalam dunia) Perlabuhan Eminuno menaiki pelayaran Cruise untuk menikmati keindahan bagunan lama di sepanjang Selat Bosphorus yang memisahkan Benua Asia dan Benua Eropah.
5 (Istanbul - Jeddah - Madinah)
Jemaah dihantar ke Airport untuk penerbangan ke Jeddah dan terus dibawa ke madinah dengan bas berhawa dingin. Check-in hotel.
6 - 7 (Madinah) :
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa menziarahi tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Tujuh dan akhir sekali ke pasar kurma. Acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakan ibadah umrah atau urusan peribadi.
8 (Madinah - Makkah)
Jemaah dinasihati supaya mengerjakan ziarah wida' sebelum bertolak ke Makkah. Tiba di Makkah, disambut oleh wakil untuk dibawa ke tempat penginapan dan jemaah terus dipimpin untuk mengerjakan umrah kali pertama dan qudum oleh Mutawwif.
9 - 14 (Makkah)
Jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Mina, Mudzalifah dan Ja'ranah. Di Ja'ranah, jemaah akan bermiqat umrah dan seterusnya kembali ke Makkah untuk meneruskan ibadah umrah. Masa seterusnya acara bebas untuk jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah atau urusan peribadi.
15 (Makkah - Jeddah - KUL)
 
Sebelum meninggalkan Makkah, para jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan tawaf wida' sebelum berangkat ke Jeddah. Di Jeddah, jemaah akan dibawa melawat Laut Merah dan Masjid Terapung sebelum ke Airport untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
16 (Kuala Lumpur)
Insya-Allah selamat tiba di tanah air.

No comments:

Post a Comment